Pengenalan


Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya atau lebih dikenali dengan nama PEMASHOR merupakan salah sebuah persatuan anak negeri yang berdaftar secara sah dengan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya di Universiti perdana ini. Persatuan Mahasiswa Johor (PEMASHOR) ini ditubuhkan pada 8 Julai 1976. PEMASHOR merupakan sebuah platform untuk menghimpunkan anak-anak negeri Johor khususnya mahasiswa/i yang berada di Universiti Malaya ini. Oleh yang demikian, persatuan ini amat sinonim bagi dikaitkan sebagai antara sebuah persatuan anak negeri yang mempunyai keahlian yang ramai dan popular di Universiti Malaya.

Sematang dengan usianya, PEMASHOR pada sesi 2009/2010 terus mengorak langkah maju ke hadapan untuk mengekalkan kecemerlangan demi merealisasikan sebuah persatuan yang berkualiti untuk memimpin ke arah perpaduan ahli-ahlinya. Kecemerlangan PEMASHOR akan diteruskan, kepimpinan berkualiti dan matlamat serta objektif kekal ditradisikan. Pada sesi 2009/2010, PEMASHOR melantik barisan “Kabinet mahasiswa/I” yang membariskan gandingan baru dan lama daripada pelbagai latar belakang dan fakulti. Gandingan yang pelbagai ini cuba sedaya upaya untuk menjalinkan kemesraan dan kebersamaan dalam setiap aktiviti persatuan bagi mendokong agenda yang satu iaitu perpaduan.

Berdasarkan pendaftaran bagi sesi 2008/2009 yang lepas, seramai 223 orang ahli PEMASHOR telah berdaftar untuk menyertai persatuan anak negeri Johor ini. Walaupun PEMASHOR adalah persatuan khas bagi anak-anak negeri Johor, mahasiswa/i negeri lain juga turut serta menyertai program-program PEMASHOR.


VISI
“MENJALINKAN KEMESRAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN”

MISI

· Kepimpinan bersama.
· Kemesraan dan keterbukaan dalam kesatuan.
· Kemasyarakatan dan perpaduan yang menyeluruh.
· Keilmuan dan kemahiran berintegrasi.
· Kebajikan dan keprihatinan bersama.

MOTO
“Mahasiswa Johor Gagah Gemilang”

OBJEKTIF KABINET
· Mewujudkan kemesraan dalam kepimpinan.
· Melahirkan barisan kepimpinan dan ahli yang mempunyai kesatuan minda dan kerja.
· Mengadakan aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan dan menyatupadukan mahasiswa Johor.
 · Menerapkan kemahiran tambahan kepada mahasiswa/i Johor.
· Mengutamakan kebajikan ahli dan masyarakat sekeliling.