Program: Karnival Sukan Anak Negeri Johor IPTA


Pihak Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya (Pemashor) telah menerima jemputan daripada Persatuan Anak Negeri Johor Universiti Kebangsaan Malaysia (Permaj) yang akan menganjurkan Karnival Sukan Anak Negeri Johor IPTA (KSAJ). Karnival sukan ini juga bakal disertai oleh persatuan anak negeri Johor dari universiti tempatan yang lain seperti UPM, USM, UUM, UTM, UPSI, USIM dan UMT. Butiran program adalah seperti berikut:

Program: Karnival Sukan Anak Negeri Johor IPTA 2010
Tarikh: 28 - 30 Januari 2010 (Jumaat - Ahad)
Tempat: Kompleks Sukan, UKM

Acara yang dipertandingkan:

1. Futsal
  • Terbahagi kepada dua kategori: kategori lelaki & kategori perempuan.
  • Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain termasuk simpanan.

2. Badminton
  • Terbahagi kepada 5 kategori: Single L, Single P, Beregu L, Beregu P & Campuran.
  • Penyertaan sebanyak 10 orang termasuk simpanan.

3. Bola Tampar
  • Terbahagi kepada dua kategori: kategori lelaki & kategori perempuan.
  • Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain termasuk simpanan.

4. Sepak Takraw (Lelaki)
  • Penyertaan: 4 orang termasuk simpanan.

5. Bola Jaring (Perempuan)
  • Penyertaan: 9 orang termasuk simpanan.


Tentatif penuh Karnival Sukan Anak Johor IPTA

Jumaat (28.01.2011)

5.00 Petang : Peserta Tiba Di Dewan Konvensyen Kolej Keris Mas, UKM

5.30 Petang : Pendaftaran Peserta

6.00 Petang : Pembahagian Penginapan

8.00 Malam : Makan Malam

8.30 Malam : Taklimat Sukan Oleh Pusat Sukan UKM


Sabtu (29.01.2011)

8.30 Pagi : Majlis Perasmian Pembukaan Karnival Sukan Anak Johor IPTA (KSAJ)
Oleh : Y.B Dato’ Razali Bin Ibrahim, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan

9.45 Pagi : Program Sukan di Kompleks Sukan Dan Dewan Gemilang
(Futsal, Sepak Takraw, Bola Jaring, Badminton dan Bola Tampar)

12.00 Tgh : Makan Tengah Hari

2.00 petang : Program Sukan Bersambung
(Futsal , Sepak Takraw , Bola Jaring, Badminton dan Bola Tampar)

5.00 Petang : Bersurai Dan Pulang Ke Kolej

8.00 Malam : Program Sukan di Dewan Gemilang (Badminton Berpasukan Akhir)


Ahad (30.01.2011)

8.00 Pagi : Program Sukan Di Kompleks Sukan UKM
(Final : Futsal, Bola Tampar, Sepak Takrw dan Bola Jaring)

12.00 Tgh : Makan Tengah Hari

4.00 petang : Majlis Perasmian Penutupan Karnival Sukan Anak Johor IPTA (KSAJ)

6.00 petang : Pulang ke universiti masing-masing


Bagaimana untuk menyertai?

Penyertaan dibuka kepada semua ahli Pemashor dan juga mahasiswa anak Johor Universiti Malaya dan tiada bayaran dikenakan. Kepada yang berminat, sila daftar di laman pendaftaran atau sms ke nombor pemashor: - beserta maklumat lengkap dan kategori yang ingin disertai.

Hubungi nombor tertera untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas segera. KSAJ di facebook, klik di sini.