Program: Kepimpinan Iskandar Malaysia (PKIM)

Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya (Pemashor) menjemput 12 orang pelajar Universiti Malaya kelahiran negeri Johor untuk menyertai Program Kepimpinan Iskandar Malaysia (PKIM) anjuran Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dengan usahasama Sketeriat Anak Johor Darul Ta'zim (Sejati) Universiti Teknologi Malaysia.

PKIM bakal disertai oleh 150 orang mahasiswa anak Johor daripada 10 buah institusi pengajian tinggi tempatan. Program tersebut antara lain memberi penerangan dan pengetahuan berkenaan peranan IRDA dalam membangunkan wilayah Iskandar Malaysia serta manfaatnya kepada rakyat Malaysia khususnya negeri Johor. Butiran program adalah seperti berikut:

Program: Kepimpinan Iskandar Malaysia (PKIM)
Tarikh: 10 - 12 Disember 2010 (Jumaat - Ahad)
Tempat: Seeds Training Center, Senai

Tentatif PKIM sepanjang tiga hari adalah seperti berikut:

10 Disember 2010 (Jumaat)

10.00 a.m - 2.00 p.m : Para peserta tiba dan berkumpul di Stesen Bas Larkin.
2.30 p.m   : Para peserta dibawa ke lokasi program, SEEDS Training Center, Senai.
3.15 p.m   : Makan tengahari.
4.15 p.m   : Para peserta berkumpul untuk pembahagian bilik penginapan.
5.30 p.m   : Riadah
6.30 p.m   : Makan malam
7.15 p.m   : Solat jemaah serta kuliah maghrib sementara menunggu fardhu isya’
8.30 p.m   : ‘Ice-breaking’ dan pembahagian kumpulan
11.00 p.m : Supper
11.30 p.m : Istirehat

11 Disember 2010 (Sabtu)

5.45 a.m   : Solat subuh dan kuliah subuh
6.45 a.m   : Riadah
7.15 a.m   : Sarapan
8.00 a.m   : Ceramah 1 ( Jati Diri Mahasiswa)
10.30 a.m : Minum pagi
11.00 a.m : Latihan dalam kumpulan 1 (Pembentangan Jati Diri)
12.30 p.m : Makan tengahari
1.00 p.m   : Solat zohor
2.00 p.m   : Ceramah 2 (Kepimpinan Anak Iskandar)
4.00 p.m   : Solat Asar dan minum petang
4.45 p.m   : Riadah (Perlawanan Paintball)
6.30 p.m   : Makan malam
7.15 p.m   : Solat jemaah serta kuliah maghrib sementara menunggu fardhu isya’
8.30 p.m   : Latihan Zapin Bersama Noraniza Idris
11.00 p.m : Supper
11.30 p.m : Istirehat

12 Disember 2010 (Ahad)

5.45 a.m   : Solat subuh dan kuliah subuh
6.45 a.m   : Riadah
7.15 a.m   : Sarapan
8.00 a.m   : Lawatan ke Kota Iskandar 1
10.00 a.m : Minum pagi
10.30 a.m : Lawatan ke Kota Iskandar 2
12.00 p.m : Makan tengahari dan bertolak balik ke SEEDS Training Center
1.00 p.m   : Solat zohor
2.00 p.m   : Bertolak ke Larkin

Pengangkutan pergi dan balik ke Senai adalah tanggungan peserta. Pun begitu, pihak penganjur akan menyediakan makanan dan penginapan secara percuma beserta elaun. Kepada yang berminat, sila daftarkan diri di laman pendaftaran atau terus menghantar maklumat peribadi ke nombor pemashor: - selewat-lewatnya 8hb Disember 2010.