Laporan: Program Kepimpinan Iskandar Malaysia (PKIM)

Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya (Pemashor)mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada pihak Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan juga Sketeriat Anak Johor Darul Ta'zim (Sejati) Universiti Teknologi Malaysia yang berjaya menganjurkan Program Kepimpinan Anak Johor (KPIM). Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Disember 2010 diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik antaranya seminar Iskandar Malaysia, Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputra, latihan dalam kumpulan, latihan tarian zapin, hinggalah permainan 'paintball'.

KPIM disertai oleh lebih 150 orang mahasiswa kelahiran anak negeri Johor daripada lebih 10 buah institusi pengajian tinggi tempatan seperti UKM, UTM, UM, UUM, UPSI, UPM, USM, UiTM, UMT, UMK, Unimap dan UMP.