Archive for August 2009

Program: Majlis Berbuka Puasa IPTA 2009

Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Kebangsaan Malaysia (PERMAJ) di bawah Gabungan Anak Johor (GAJ) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa IPTA 2009. Majlis berbuka puasa tersebut akan berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM. Majlis yang turut disertai oleh penghuni rumah anak-anak yatim Islam daerah Segamat (PKAYIS) akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Khalid Bin Nordin.

Majlis Berbuka Puasa Gabungan Anak Johor (GAJ) 2009
Tarikh : 12 September 2009 bersamaan 22 Ramadhan 1430 Hijrah Sabtu)
Masa : 4.00 petang
Veneu : DECTAR, UKM

Sehubungan itu, Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya (PEMASHOR) ingin menjemput 38 orang ahli Pemashor untuk mengikuti Majlis Berbuka Puasa GAJ 2009 ini. Pengangkutan akan disediakan dan tiada bayaran dikenakan. Kepada ahli Pemashor yang berminat, sila e-mailkan nama, no. matrik, no. telefon dan kolej kediaman dengan tajuk "Majlis Berbuka Puasa Gaj" ke pemashor@yahoo.com.my sebelum 8 September 2009.




Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1430 Hijrah

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua warga Pemashor dan seluruh umat Islam. Semoga bulan Ramadhan pada tahun ini memberi rahmat kepada kehidupan kita semua. Insya-Allah.


Laporan: Program Rekreasi & Jati Diri Anak Johor

Salam Pemashor. Buat kali pertama, Gabungan Anak Johor telah menghimpunkan lebih 250 orang mahasiswa negeri Johor daripada institusi pengajian tinggi awam seluruh Malaysia. 14 orang ahli Pemashor mewakili Universiti Malaya dalam program tersebut yang turut disertai oleh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pensidikan Sultan Idris, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi Mara. Program Rekreasi & Jati Diri Anak Johor bertujuan mengeratkan hubungan mahasiswa anak negeri di bawah Gabungan Anak Johor.

Program: Rekreasi & Jati Diri Anak Johor
Tarikh: 13 - 16 Ogos 2009 (Sabtu - Selasa)
Tempat: Tiram Indah Village, Ulu Tiram










Program: Mesra Belia GPMS Negeri Johor

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Johor menjemput 15 orang ahli Pemashor dan 15 orang ahli Persatuan Mahasiswa Anak Johor (Permaj) Universiti Kebangsaan Malaysia, untuk menghadiri Program Mesra Belia anjuran pertubuhan bukan kerajaan itu. Program tersebut turut disertai oleh murid-murid sekolah menengah yang kebanyakan terdiri daripada calon PMR dan SPM. Ahli Pemashor diberi peluang untuk berkongsi pengalaman menjadi seorang mahasiswa di universiti bersama murid-murid sekolah menengah itu dalam aktiviti yang telah diatur.

Program: Motivasi & Mesra Belia GPMS Negeri Johor
Tarikh: 15 – 16 Ogos 2009 (Sabtu – Ahad)
Tempat: Dewan Tan Sri Muhamad Rahmat, Tampoi, Johor.
Penyertaan: 14 orang ahli Pemashor (UM) & 16 orang ahli Permaj (UKM)