Program: Damping Kampus (DAKAP)

Salam Pemashor. Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya (Pemashor) ingin menjemput 40 orang ahli Pemashor dan mahasiswa anak Johor untuk menghadiri Program Damping Kampus (DAKAP) anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI). Butiran program adalah seperti berikut:

Program: Damping Kampus (DAKAP)
Tarikh: 8 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa: 12.30 tengahari hingga 6 petang
Tempat: Dewan Universiti Putra Malaysia, Serdang

Aturcara Majlis Damping Kampus (DAKAP)

12.30 tgh : Ketibaan / pendaftaran peserta/ Makan Tengahari

02.00 ptg : Diskusi 1
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah,
Mantan Naib Canselor UiTM
”Simbiosis Mahasiswa dan Masyarakat: Agenda Memperkasa Negara Bangsa”

03.45 ptg : Minum petang

04.00 ptg : Diskusi 2
YBhg. Dr. Mohd Fairuz Khairuddin
Mantan Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang
“Idealisme Mahasiswa Vs Ideologi Politik: Bagaimana Ia Membina Persepsi Masyarakat?”

5.45 ptg : Bersurai

• Kaunter SPR turut dibuka semasa program berjalan.
• Kaunter Jualan Baju Aspirasi juga dibuka oleh urusetia (Harga baju RM 8 sahaja)

Siapa Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI)?
Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghimpunkan bekas pemimpin mahasiswa Institutsi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia. Tujuan penubuhan persatuan ini adalah sebagai satu platfom bagi golongan profesional muda dalam meneruskan sumbangan untuk membangun dan menyatukan masyarakat seiring dengan hasrat dan aspirasi negara dalam mencapai wawasan 2020.

Penyertaan dibuka kepada semua ahli Pemashor dan juga mahasiswa anak Johor Universiti Malaya, tiada bayaran dikenakan. Kepada yang berminat, sila daftar diri di laman pendaftaran atau terus daftar melalui sms ke nombor pemashor: - beserta maklumat lengkap sebelum 6hb Januari 2011 (Khamis).