Program Kebudayaan Negeri Johor 2009 anjuran Yayasan Warisan Johor dijangka berlangsung pada 13 hingga 15 November 2009 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Antara pengisian program selama 3 hari itu ialah seminar kebudayaan, tarian zapin, senaman J-Robik, program lawatan ke Iskandar Malaysia (dahulu dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar) serta lain-lain aktiviti yang bakal disertai lebih 1000 orang pelajar Negeri Johor dari institusi pengajian tinggi seluruh negara.
Bagaimana ingin menyertai?
Majlis Tertinggi Pemashor 2009/2010 mempelawa 55 orang ahli Pemashor untuk menyertai program ini. Pengangkutan disediakan (dari Universiti Malaya sahaja) dan segala makanan dan penginapan adalah PERCUMA. Kepada ahli-ahli Pemashor yang berminat, sila hantarkan maklumat lengkap seperti:
- Nama;
- Nombor kad pengenalan;
- Nombor matriks;
- Alamat kolej dan rumah;
- Nombor telefon untuk dihubungi;
- Tarikh, tempat, dan masa jangkaan sampai (bagi pelajar yang terus ke Skudai),
ke alamat e-mail: pemashor@yahoo.com.my sebelum 5 November 2009. Sebarang perubahan maklumat program akan diberitahu dari masa ke semasa. Kerjasama amatlah diharapkan.
“Mahasiswa Johor Gagah Gemilang”.