Semasa: Pengisytiharan Tunku Mahkota Johor Sebagai Pro-Canselor UTHM

BATU PAHAT: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini mengisytiharkan anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pro-Canselor Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) sempena konvokesyen ke-10 universiti itu, hari ini.

Sultan Ibrahim yang juga Canselor UTHM turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi) kepada mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Pada majlis yang sama, baginda turut menyampaikan watikah anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan Teknikal) kepada Mantan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Imran Idris.

Hadir sama di majlis itu adalah isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Naib Canselor UTHM Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.

Dalam titahnya pada majlis itu, Sultan Johor antara lain menggesa mahasiswa menajamkan minda dan intelek melalui konsep pendidikan yang berkesan.

Baginda bertitah, mahasiswa juga perlu memperteguh jati diri dan kemahiran insaniah melalui aktiviti kokurikulum yang dinamik dan menarik.

"Usaha untuk meningkatkan dan memperteguhkan jati diri serta kemahiran insaniah mahasiswa perlu menjadi agenda penting universiti.

"Kursus-kursus dan aktiviti kokurikulum harus dirangka dan dilaksanakan secara lebih berkesan serta dikendalikan oleh tenaga-tenaga pakar yang bertauliah," titah baginda.

Sultan Ibrahim juga mahu universiti bersedia meneroka bidang-bidang baru yang lebih dinamik dan berkesan sebagai pengembangan program kokurikulum sedia ada.

Baginda bertitah, ini kerana generasi muda di kampus adalah golongan yang dahagakan perubahan dan cabaran. Sumber - Bernama

Pemashor: Tahniah buat rakan-rakan mahasiswa di Universiti Tun Hussein Onn.

Laporan: Majlis Berbuka Puasa GAJ 2010

Salam pemashor. Berikut adalah gambar-gambar suasana di Majlis Berbuka Puasa GAJ 2010, yang berlangsung di DECTAR, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pemashor mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada Gabungan Anak Johor dan juga Persatuan Mahasiswa Anak Johor UKM (Permaj) atas kejayaan program berkenaan.

Majlis Berbuka Puasa GAJ tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Datuk Hj. Ahmad bin Maslan. Turut disertai, beberapa persatuan anak negeri Johor dari institusi pengajian tinggi awam yang lain seperti Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Pertahanan Nasional dan Universiti Islam Antarabangsa. 







Laporan: Majlis Berbuka Puasa YB Muar 2010

Pihak Pemashor mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli Pemashor yang turut serta menghadiri jemputan dua majlis berbuka puasa daripada YB Muar dan Permaj Universiti Kebangsaan Malaysia. Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam sepanjang suasana program berlangsung.

Majlis Berbuka Puasa YB Muar 2010.







Gambar kerika Majlis Berbuka Puasa Gabungan Anak Johor di Universiti Kebangsaan Malaysia akan kemaskini kelak.

Program: Majlis Berbuka Puasa YB Tebrau 2010

Salam Pemashor. Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya telah menerima jemputan daripada pihak YB Parlimen Tebrau, Johor untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Tebrau. Butiran program adalah seperti berikut:

                   Tarikh: 31 Ogos 2010 (Selasa)
                   Tempat: Masjid Kampung Maju Jaya, Tebrau
                   Penyertaan: 15 orang ahli persatuan


Justeru, pihak pemashor ingin menjemput ahli pemashor yang mempunyai kelapangan untuk menyertai majlis berbuka ini. 15 orang yang terawal dengan menghantar maklumat diri seperti di borang pendaftaran akan dipilih untuk mengikuti majlis tersebut. Ahli Pemashor dari Johor Bahru akan diutamakan. Pengangkutan disediakan.

Sebarkan dengan menggunakan bebutang 'Facebook Share'.

Laporan: Majlis Berbuka Puasa YB Menteri & Siswa Pasir Gudang 2010

Salam Pemashor.

Seramai 14 orang ahli Pemashor termasuk Majlis Tertinggi sesi 2010/2011 telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran YB Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Majlis yang diadakan di Hotel Pan Pasific, KLIA itu turut dihadiri oleh mahasiswa IPTA sekitar Lembah Klang yang berasal dari Pasir Gudang. Seramai 41 orang yang terdiri daripada ahli Persatuan Mahasiswa Johor (Pemashor), Persatuan Bahasa Cina dan Persatuan Bahasa Tamil hadir mewakili Universiti Malaya ke majlis berkonsepkan 1Malaysia itu. Majlis sebegitu julung kali diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dengan mahasiswa, selain memupuk perpaduan antara semua kaum dalam satu majlis berbuka puasa.











Ahli Pemashor yang lain masih tidak terlambat untuk menyertai majlis berbuka puasa seterusnya: Majlis Berbuka Puasa YB  Muar 2010 dan Majlis Berbuka Puasa GAJ 2010. Daftarlah sebagai peserta program di sini.