Program: Majlis Berbuka Puasa YB Muar 2010

Salam Pemashor. Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya telah menerima jemputan daripada  pihak YB Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia & Sukan, untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran beliau. Butiran program adalah seperti berikut:

                   Tarikh: 31 Ogos 2010 (Selasa)
                   Tempat: Araville Condo, Bangsar

                   Penyertaan: 40 orang ahli persatuan daerah Muar

Justeru, pihak pemashor ingin menjemput ahli pemashor yang berasal dari daerah Muar untuk menyertai majlis berbuka yang dinyatakan di atas. Sekiranya mempunyai kekosongan, kami akan membuka pendaftaran untuk ahli Pemashor yang berasal dari daerah lain. 40 orang yang terawal dengan menghantar maklumat diri di sini akan dipilih untuk mengikuti majlis tersebut. Pengangkutan disediakan.

Berikut, adalah ahli-ahli Pemashor yang berasal dari daerah Muar. Sila sah-daftarkan kehadiran anda di sini.

    1. MUHAMAD HISYAM BIN MOHD FADZIL
    2. MUHAMMAD SHAMSUL B. RAHMAT
    3. SHARUL ANUAR B. JAMIAN
    4. FATIN KHAIRANI BINTI KHAIRUL AZAM
    5. NORFADILAH HANIS BINTI ZAHARI
    6. NOR AZIRA BINTI AHMAD MURAT
    7. NUR SHAMILAH BINTI MD. NOOR ADAMI
    8. NURUL ATIQAH BINTI MAHDOM
    9. NURUL IZWA BINTI MOHD TAIB
    10. NURUL JANNAH BINTI OMAR
    11. MOHD EHSAN BIN MANAN
    12. MUHAMMAD EFFENDI BIN IBRAHIM

    Sebarkan dengan menggunakan bebutang 'Facebook Share'.

    Program: Majlis Berbuka Puasa GAJ 2010

    Salam Pemashor. Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya telah menerima jemputan daripada Persatuan Anak Johor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Johor. Butiran program adalah seperti berikut:

                       Tarikh: 20 Ogos 2010 (Jumaat)  
                       (ditunda pada 3hb September 2010 - Jumaat)
                       Tempat: DECTAR, Universiti Kebangsaan Malaysia
                       Penyertaan: 30 orang ahli persatuan


    Justeru, pihak pemashor ingin menjemput ahli pemashor yang mempunyai kelapangan untuk menyertai majlis berbuka ini. 40 orang yang terawal dengan menghantar maklumat diri seperti di sini akan dipilih untuk mengikuti majlis tersebut. Pengangkutan disediakan.

    Sebarkan dengan menggunakan bebutang 'Facebook Share'.

    Tinta Presiden: Salam Ramadhan 1431 Hijrah

    Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

    Bersyukur ke hadrat Ilahi, sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang teistimewa dalam Islam, bulan Ramadhan. Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua ahli Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya dan seluruh umat Islam yang menyambutnya. Semoga kedatangan bulan ramadhan kali ini, dihiasi dengan pengisian yang bermanfaat buat kita semua.

    Pada 26 hingga 29 Julai yang lepas, Pemashor telah menyertai program Minggu Promosi Badan Pelajar (PROMO) 2010 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaya. Penyertaan daripada mahasiswa/mahasiswi yang mendaftar sebagai ahli baru dan lama Pemashor adalah begitu menggalakkan. Di sebelah petang hari terakhir program, saya turut menyambut kedatangan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof. Madya Datuk Azarae Hj. Idris di 'booth' Pemashor. Ada seketika Datuk TNC sempat menyatakan kepada saya, pelajar kelahiran Negeri Johor adalah antara yang terbesar jumlahnya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya untuk sesi kali ini.

    Sesuatu yang amat menyedihkan buat kita semua, adalah pemergian Allayarham Zulkhairi Azmi Bin Mohd Bukhari ke rahmatullah dua minggu yang lalu. Allayarham merupakan pelajar tahun dua Pusat Asasi Universiti Malaya (PASUM) yang meninggal dunia disebabkan kemalangan yang cukup menyayat hati kita semua. Semasa malam kejadian, saya sempat mengucapkan salam takziah buat ibu bapa arwah ketika melawat jenazah di Pusat Perubatan Universiti Malaya.  Saya dan beberapa ahli Pemashor juga turut serta dalam lawatan ke kediaman arwah di Rompin bersama-sama Jawatakuasa Induk Kolej Kediaman Dr. Nazrin Shah.


    Sejujurnya, saya tidak pernah mengenali arwah secara lebih dekat.  Namun, kehadirannya dalam keluarga Pemashor dua hari sebelum meninggal dunia menunjukan bahawa beliau begitu bersungguh untuk menjadi ahli persatuan ini. Yang pasti, arwahlah satu-satunya pelajar PASUM yang mendaftar ketika itu. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Semoga perkara sebegini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. Apa yang boleh saya harapkan ialah, semua pihak harus bekerjasama untuk meningkatkan tahap keselamatan di dalam kampus.

    Pihak Pemashor dengan rasa berbesar hati ingin memperkenalkan Blog Rasmi Pemashor ini. Sebagai memenuhi keperluan dan  peningkatan teknologi, kehadiran medium blog ini dharapkan mampu menyampaikan maklumat program dan apa sahaja berkenaan negeri Johor dan universiti, disamping mendekatkan barisan Majlis Tertinggi Pemashor sesi kali ini dengan ahli-ahli persatuan. Persatuan Mahasiswaa Johor masih mengekalkan medium Facebook kami di sini.

    Akhir kata, selamat maju jaya buat Pemashor. 

    Wassalam.

    Ismail Noh
    Presiden Pemashor
    Sesi 2010/2011.

    Laporan: Malam Tahunan Pemashor 2010

    Malam Tahunan Pemashor adalah program penutup bagi sesi 2009-2010. Program ini merupakan satu program jemputan peribadi Penasihat Gabungan, En. Jamal Bin Ali untuk pelajar-pelajar Universiti Malaya berkelahiran negeri Johor dan ahli PEMASHOR. Program ini turut dihadiri oleh Ustaz Syahrin Bin Md. Jamaludin, Penasihat Politik Menteri Pelajaran Malaysia.

    Tarikh: 16 April 2010 (Jumaat)
    Tempat: Rumah Universiti, Universiti Malaya
    Penyertaan: 73 orang ahli Pemashor

    Sebagai program yang merapatkan ukhwah serta hubungan baik PEMASHOR dan Gabungan Anak Johor, Ustaz Syahrin juga menyampaikan salam takzim daripada Timbalan Perdana Menteri, YB Tan Sri Muhyidin Yassin kepada ahli PEMASHOR. Program ini menerima sambutan daripada ahli PEMASHOR yang ada walaupun dalam minggu ulangkaji.








    Laporan: Minggu Promo 2010

    Salam Pemashor. Bagi sesi 2010/2011, Hal Ehwal Pelajar & Alumni sekali lagi telah menganjurkan Minggu Promosi Badan dan Kelab Universiti (PROMO). Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa untuk memperbaharui keahlian persatuan. Bagi pelajar baru, mereka dapat boleh mengetahui lebih lanjt mengenai persatuan-persataun yang bergerak aktif di dalam kampus universiti. Pemashor juga tidak ketinggalan membuka kaunter kepada pelajar anak negeri Johor untuk mendaftar atau memperbaharui ahli.

    Mengikut statistik, Pemashor telah menerima 148 permohonan keahlian bagi sesi 2010/2011 ini. 42 orang ahli Pemashor telah berjaya memperbaharui keahlian, manakala seramai 106 orang pelajar mendaftar sebagai ahli baru persatuan.

    Berikut adalah pecahan ahli Pemashor mengikut daerah-daerah dalam negeri (sehingga tamat minggu PROMO):
    Batu Pahat: 34 orang ahli, Johor Bahru: 22 orang ahli, Pontian: 14 orang ahli, Kota Tinggi: 13 orang ahli, Muar: 12 orang, Kluang: 8 orang ahli, Mersing: 8 orang ahli. Kulaijaya: 7 orang ahli, Segamat: 4 orang ahli, Ledang: 4 orang, Negeri Lain: 16 orang.
      Pelajar yang berasala dari negeri masih lagi berpeluang mendaftar sebagai ahli dengan mengisi borang pendaftaran secara online, di sini. Bayaran bagi ahli baru sebanyak RM3.00, manakala ahli lama yang ingin memperbaharui keahlian dikenakan yuran sebanyak RM2.00.