Laporan: Malam Tahunan Pemashor 2010

Malam Tahunan Pemashor adalah program penutup bagi sesi 2009-2010. Program ini merupakan satu program jemputan peribadi Penasihat Gabungan, En. Jamal Bin Ali untuk pelajar-pelajar Universiti Malaya berkelahiran negeri Johor dan ahli PEMASHOR. Program ini turut dihadiri oleh Ustaz Syahrin Bin Md. Jamaludin, Penasihat Politik Menteri Pelajaran Malaysia.

Tarikh: 16 April 2010 (Jumaat)
Tempat: Rumah Universiti, Universiti Malaya
Penyertaan: 73 orang ahli Pemashor

Sebagai program yang merapatkan ukhwah serta hubungan baik PEMASHOR dan Gabungan Anak Johor, Ustaz Syahrin juga menyampaikan salam takzim daripada Timbalan Perdana Menteri, YB Tan Sri Muhyidin Yassin kepada ahli PEMASHOR. Program ini menerima sambutan daripada ahli PEMASHOR yang ada walaupun dalam minggu ulangkaji.








Laporan: Minggu Promo 2010

Salam Pemashor. Bagi sesi 2010/2011, Hal Ehwal Pelajar & Alumni sekali lagi telah menganjurkan Minggu Promosi Badan dan Kelab Universiti (PROMO). Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa untuk memperbaharui keahlian persatuan. Bagi pelajar baru, mereka dapat boleh mengetahui lebih lanjt mengenai persatuan-persataun yang bergerak aktif di dalam kampus universiti. Pemashor juga tidak ketinggalan membuka kaunter kepada pelajar anak negeri Johor untuk mendaftar atau memperbaharui ahli.

Mengikut statistik, Pemashor telah menerima 148 permohonan keahlian bagi sesi 2010/2011 ini. 42 orang ahli Pemashor telah berjaya memperbaharui keahlian, manakala seramai 106 orang pelajar mendaftar sebagai ahli baru persatuan.

Berikut adalah pecahan ahli Pemashor mengikut daerah-daerah dalam negeri (sehingga tamat minggu PROMO):
Batu Pahat: 34 orang ahli, Johor Bahru: 22 orang ahli, Pontian: 14 orang ahli, Kota Tinggi: 13 orang ahli, Muar: 12 orang, Kluang: 8 orang ahli, Mersing: 8 orang ahli. Kulaijaya: 7 orang ahli, Segamat: 4 orang ahli, Ledang: 4 orang, Negeri Lain: 16 orang.
    Pelajar yang berasala dari negeri masih lagi berpeluang mendaftar sebagai ahli dengan mengisi borang pendaftaran secara online, di sini. Bayaran bagi ahli baru sebanyak RM3.00, manakala ahli lama yang ingin memperbaharui keahlian dikenakan yuran sebanyak RM2.00.








    Program: Persidangan GPMS Peringkat Kebangsaan 2009


    Program: Persidangan GPMS Peringkat Kebangsaan 2009
    Tarikh: 20 – 22 November 2009 (Jumaat – Ahad)
            Tempat: UiTM Shah Alam

    Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Johor sekali lagi menjemput 80 orang ahli Pemashor untuk menghadiri Persidangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Peringkat Kebangsaan 2009 di Uitm Shah Alam. Seramai 54 orang pelajar Universiti Malaya yang terdiri daripada ahli Pemashor dan juga Suksis menghadiri persidangan tersebut. Sebagai pendedahan mengenai persidangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar menghadiri program selama tiga hari yang sama turut disertai oleh pelajar sekolah menengah.


    Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah

    Pihak Majlis Tertinggi & Exco-exco PEMASHOR mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua ahli Persatuan Mahasiswa Johor (PEMASHOR) dan seluruh warga Universiti Malaya. Semoga aidilfitri kali ini disambut dengan meriah dan penuh 1001 makna.
    Iman itu ibarat air laut, yang kadangkala pasang dan kadangkala surut, oleh itu berusahalah supaya iman terus bertambah.

    Laporan Program: Majlis Berbuka Puasa IPTA 2009

    Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa IPTA 2009  bersama anak-anak Johor IPT pada 12 September 2009 dengan usahasama Gabungan Anak Johor. Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin turut dihadiri oleh penghuni rumah anak-anak yatim Islam Daerah Segamat (PYAKIS).

    Seramai 36 orang ahli Pemashor telah menghadiri majlis berbuka puasa ini yang diketuai Presiden Pemashor sesi 2009/2010, Saudara Mohd Ismail Mohd Noh. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur di atas kelancaran & kecemerlangan dalam menguruskan program tersebut. Pihak Pemashor juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli Pemashor yang turut serta menjayakan program tersebut.